Tuesday, 5 March 2013

Looking For Real Life From Now Until Forever :-)

Posted by AkuBukanAku at 02:17 0 comments
Salam.

Sudah lama tidak menjengah di lama sosial ini kan. Banyak liku-liku kehidupan yang pernah sudah aku lalui sepanjang tahun ini ialah 2013. Bukan senang nak menjalani di bumi Puchong ini atau lebih dikenali lagi di Kuala Lumpur. Sudah 3 bulan aku memulakan tugas sebagai pembantu farmasi di salah sebuah farmasi di bumi Pochong. Wah perkataan 'di bumi Puchong' macam hebat sangat kan? Yah memang hebat bagi aku sebagai budak baru yang datang di sini. Aku hanya lah pendatang asing sahaja di sini. Bukan untuk bersuka ria macam orang yang tahu menghabiskan duit atau berjoli sahaja. Aku berada di sini untuk berkerja untuk mencari rezeki dan untuk membalas jasa ibu bapa aku. Kenangan lama atau pahit sudah lama berkubur menjadi sarang labah-labah.

Sudah 3 bulan juga aku dapat gaji. Bermakna lepas ini aku akan dinaikkan sikit gaji sebagai pekerja tetap kononnya. Hati tidak begitu gembira sebab ini bukan kemahuan aku sebagai Pembantu farmasi ini. Kemahuan aku adalah sebagai seorang Jururawat. Ini adalah kemahuan atau impian aku selama3 tahun aku berada di kolej itu. Tetapi jauh terpesong akhirnya. Tetapi tidak mengapa sebab aku bermain dengan ubat-ubatan juga. Sambil itu aku juga teruskan berusaha untuk meminta kerja di hospital-hospital yang lain.


Sejak aku berada di sini kehidupan aku berubah sama sekali. Hidup aku adalah dengan mencari duit sahaja. Bertapa bosannya kehidupan aku. Aku tidak mempunyai kawan. Aku jarang keluar walaupun aku bercuti. Yah kawan aku memang ada. Tetapi mereka berbeza sebab mereka sudah ade kerja yg yang diingini. HHmm. Kadang-kadang tersisih juga.

Aku tumpang di rumah abang aku. Abang aku sudah berkawen. Ada anak seorang. Walaupun aku tumpang di rumah abang aku tetapi aku merasakan diri aku menumpang dirumah orang lain seperti di rumah sewa yang ada keluarga. Tersisih sekali lagi. Kehidupan aku disini tidak gembira. Aku hanya akan gembira bila berada di tempat kerja. Gelak ketawa aku bersama kawan-kawan baru aku. Zarina, Kak ida dan Fatin. Bila pulang kerumah kegembiraan aku serta merta mati. Aku terkurung di dalam bilik seperti rumah asing atau keluarga asing.

Bila agaknya kehidupan aku yang normal atau kehidupan seperti orang biasa. Aku berjalan seorang diri di Tesco. Tanpa teman. Tanpa rakan Tanpa keluarga. Bertapa sunyinya kehidupan aku ini.

Pesanan : This is life. Whatever what happen just go on with life and be happy. Looking someone for  
               happiness and looking for the real life InsyaAllah


 

AkuBukanAku Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos