Thursday, 1 November 2012

Manusia Tidak Lari Dengan Dugaan Allah s.w.t

Posted by AkuBukanAku at 22:42 0 comments
            Ya Allah apa lagi dugaan mu kepada aku Ya Allah. Kenapa aku tidak diserap masuk ke dalam kerajaan??? Kenapa aku perlu lalui cabaran dan dugaan ini. Ya Allah aku tidak kuat Ya Allah. Aku mahu buktikan kepada ibubapa aku dan family aku yang aku boleh berjaya juga. Aku bukan mahukan kritikan-kritikan yang dapat mendampar di telinga aku yang sering dengar halus-halusan bisikan yang memerliku dan juga yang memarahiku. Ya Allah aku ini jahat sangat kah? Aku ini teruk sangat kah? Ampun kan dosa2 ku Ya Allah. Aku banyak berbuat salah padamu. Aku patut reda dengan ujian sebegini.

Sampai bila aku mahu jadi macam ini. Sentiasa mengharap untuk menerima panggilan telefon di handphone aku. Tapi tidak kunjung tiba. Sampai bila pihak-pihak hospital akan menerima aku bekerja. Aku sentiasa menanti untuk menjawab panggilan itu. Tapi selalu menghampakan. Ya Allah kenapa orang zaman sekarang tidak adil Ya Allah. Kenapa perlu orang dalam untuk mendapatkan kerje pada masa sekarang ini? Kenapa perlu macam itu?

Dulu aku pernah gagal dalam exam masa di semester dua.. Baru semester dah kene repeat paper. Terukkan? Yes mmg terang betul. Sampai kan aku mahu berhenti kolej aje. Tapi aku yakin suatu hari nanti aku akan dapat juga menjadi seorang staff nurse yang berjaya. Tetapi dugaan itu datang balik kepada aku. Ya Allah kenapa aku perlu lagi menghadapi ujian-ujian mcm ini. Subhanallah.. Ujian apakah ini untuk diriku ?? Adakah aku tabah untuk semua ini?

Aku seorang pengganggur yang setia menerima sebarang panggilan pekerjaann. Aku setia menunggu. Tetapi sampai bila aku harus tunggu. Sampai bila aku harus duduk di rumah hanya untuk menerima panggilan itu sahaja.?? Dugaan demi dugaan yang menimpa hamba mu ni Ya Allah. Aku mahukan pekerjaan. Aku tidak mahu keluarga aku memerli aku dalam diam. Aku tidak suka orang mengutuk aku. Ya Allah. Tabah kan lah hambamu yang lemah ini.Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati aku ini. Kau permudahakanlah urusan aku Ya Allah. Aku mahu buktikan kepada ibu bapa aku yang aku juga mahukan kejayaan.

Pesanan : Setiap orang menghadapi dugaan. Tapi adakah kita mampu menerima dugaan ini? Terjawab di  
               setiap akal masing-masing.









Wednesday, 17 October 2012

Endless Love

Posted by AkuBukanAku at 23:26 0 comments
Janganlah sekali mengetuk pintu hatiku nie lagi. Aku bila dah suka kat  aku akan suka betul tau. Aku mencari cinta yang suci bukan cinta yang main-main. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku mahukan. Allah sudah sudah tetapkan jodoh aku. Aku tidak perlu risaukan. Aku pasti Allah berikan jodoh aku orang yang beriman dan bersifat kasih sayang yang tinggi.




Setiap wanita mahukan setiap diataskan? Ya saya juga mahukan. Seorang lelaki yang akan menjadi pelindung kepada seorang wanita adalah sebaik-baik manusia. Alhamdulillah kalau kita jumpa lelaki macam itu. Tetapi seorang wanita janganlah permainkan atau pergunakan lelaki jika sudah mendapat yang baik. Dan juga jangan sesekali mengambil kesempatan ke atasnya. Malah bersyukur.  begitu juga dengan kaum Adam. Sekarang ini kaum adam tidak banyak didunia ini. Biasalah kan akhir zaman sekarang ni, Jangan kerana wanita sekarang ni ramai tapi terpikir untuk memainkan perasaan wanita. Astagfirullah-Al-Azim. Tetapi bawalah mereka ke tempat yang asal untuk wanita yang tersalah pilih jalan hidup mereka.




Semua orang tidak tahu jodoh masing-masing. Jodoh akan ditentukan oleh Allah bukan kita sebagai manusia. Aku juga tahu jodoh yang benar akan disamping kita sampai ke akhir hayat kita atau sampai ke nafas yang terakhir bagi kita. Bila nafas terakhir dan yang selalu disamping kita kemungkinan besar dia adalah jodoh kita. Bila kita sudah tidak ada di dunia ini, kita akan berjumpa di akhirat kelak. InsyaAllah.



Pesanan : Mencari Jodoh yang Menggunakan Akal Fikiran Dan Logik Agar Tidak Tersasar   
                 Jauh Ke Dunia Luar









Saturday, 13 October 2012

Life Must Go On Without Men

Posted by AkuBukanAku at 09:25 0 comments
        Dugaan menimpa-nimpa. Sila jauhkan diri anda pada saya. Saya tidak sanggup untung berterusan menghina kamu. Aku sering kali mencaci mu, juga mengherdik mu. Memang patut kau meninggalkan aku. Aku bukan yang terbaik untuk kamu. Aku perempuan yang hina disisi Allah. Aku tidak layak untuk berada sisi kau. Aku susah dibendung. Aku tidak mengikut ajaran yang diberikan. Aku lalai. KAu pergilah mencari wanita yang setaraf dengan kau. Aku hanya wanita yang miskin yang tidak layak untuk diberikan kebahagian. Aku mahukan lelaki yang sanggup terima aku seadanya yang menerima aku baik dan buruk aku. Aku juga mahukan lelaki yang bijak menggunakan akal dan fikiran yang bukan haya berfikiran cetek macam kau. Dari mula aku kenal kau, aku hanya memainkan perasaan kau sahaja. Tetapi dalam hati aku kau bukan yang teristimewa bagi aku. Mencari dan mencari bakal jodoh aku. Yang akan menerima ku di waktu tua yang juga akan mengisi masa lapang aku.

Pesanan : Perempuan yang baik akan mendapat lelaki yang baik Begitu juga dengan Lelaki.


Friday, 12 October 2012

This Life Is Only Temporary

Posted by AkuBukanAku at 23:40 0 comments
        Hari mendung sekali, akhirnya musim tengkujuh menjelma jua seperti sebelum-sebelum ini. Hujan lebat, Panas terik, angin kuat sekali mendayu-dayu. Itu lah rahmat kurniaan Tuhan di muka bumi ini. Tiada yang lebih hebat dari Dia. Allahu Akhbar. Manusia sekarang hanya mencari dunia sahaja bukan untuk mencari akhirat. Jika kita bijak pandai mesti kita mahu kedua-dua sekali. Mahu berjaya di dunia dan di akhirat. Aku juga mahu begitu. Tapi syaitan sentiasa mahu melalai kan kita. Aku berharap sangat aku tidak tersasar lebih jauh. Aku inginkan kedamaian, ketenangan dan keserasian di dunia dan akhirat. Ya Allah jangan lah engkau melalaikan aku di dunia yang sungguh kejam ini. Aku mahu pergi ke syurga Mu. Bukan di neraku Mu. Semoga aku tabah menghadapi ujian Mu ini. Semoga aku mendapat kesabaran yag melimpah luah. Semoga aku berjaya di dunia dan akhirat.. InsyaAllah.

Pesanan : Jangan hanya memikirkan nikmat di dunia sahaja.

I can do It...

Posted by AkuBukanAku at 08:31 0 comments
Bila lah aku nak keje nie.. Bosan melanda diri aku weeii.... member2 lain semua dah dapat keje.. tp aku ??? satu habuk pun tak ada.. hhmm.. Cari keje kat klinik semua orang xnak.. Mana adil kalau ada vacancy pun, pilih orang yang dye kenal aje..  ITU TIDAK ADIL BAGI SAYA!! sama jugak lah keje yang aku nak ni pun... kebanyakkan yang dapat sebab ORANG DALAM.. tapi tidak mengapa rezeki aku masih tidak kunjung tiba lagi.. agak nya aku dapat yang lebih baik.. Insya Allah.. Aku mahu yang terbaik untuk family aku.. Aku mahu kan buktikan aku jugak boleh buat tau.. walaupun aku ni pendiam tapi aku boleh buat.. CHAIYOK..

Pesanan : Menjadi yang lebih baik dan yang terbaik..
 

AkuBukanAku Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos