Thursday, 1 November 2012

Manusia Tidak Lari Dengan Dugaan Allah s.w.t

Posted by AkuBukanAku at 22:42
            Ya Allah apa lagi dugaan mu kepada aku Ya Allah. Kenapa aku tidak diserap masuk ke dalam kerajaan??? Kenapa aku perlu lalui cabaran dan dugaan ini. Ya Allah aku tidak kuat Ya Allah. Aku mahu buktikan kepada ibubapa aku dan family aku yang aku boleh berjaya juga. Aku bukan mahukan kritikan-kritikan yang dapat mendampar di telinga aku yang sering dengar halus-halusan bisikan yang memerliku dan juga yang memarahiku. Ya Allah aku ini jahat sangat kah? Aku ini teruk sangat kah? Ampun kan dosa2 ku Ya Allah. Aku banyak berbuat salah padamu. Aku patut reda dengan ujian sebegini.

Sampai bila aku mahu jadi macam ini. Sentiasa mengharap untuk menerima panggilan telefon di handphone aku. Tapi tidak kunjung tiba. Sampai bila pihak-pihak hospital akan menerima aku bekerja. Aku sentiasa menanti untuk menjawab panggilan itu. Tapi selalu menghampakan. Ya Allah kenapa orang zaman sekarang tidak adil Ya Allah. Kenapa perlu orang dalam untuk mendapatkan kerje pada masa sekarang ini? Kenapa perlu macam itu?

Dulu aku pernah gagal dalam exam masa di semester dua.. Baru semester dah kene repeat paper. Terukkan? Yes mmg terang betul. Sampai kan aku mahu berhenti kolej aje. Tapi aku yakin suatu hari nanti aku akan dapat juga menjadi seorang staff nurse yang berjaya. Tetapi dugaan itu datang balik kepada aku. Ya Allah kenapa aku perlu lagi menghadapi ujian-ujian mcm ini. Subhanallah.. Ujian apakah ini untuk diriku ?? Adakah aku tabah untuk semua ini?

Aku seorang pengganggur yang setia menerima sebarang panggilan pekerjaann. Aku setia menunggu. Tetapi sampai bila aku harus tunggu. Sampai bila aku harus duduk di rumah hanya untuk menerima panggilan itu sahaja.?? Dugaan demi dugaan yang menimpa hamba mu ni Ya Allah. Aku mahukan pekerjaan. Aku tidak mahu keluarga aku memerli aku dalam diam. Aku tidak suka orang mengutuk aku. Ya Allah. Tabah kan lah hambamu yang lemah ini.Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati aku ini. Kau permudahakanlah urusan aku Ya Allah. Aku mahu buktikan kepada ibu bapa aku yang aku juga mahukan kejayaan.

Pesanan : Setiap orang menghadapi dugaan. Tapi adakah kita mampu menerima dugaan ini? Terjawab di  
               setiap akal masing-masing.









0 comments:

Post a Comment

 

AkuBukanAku Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos